Alat Muzik Tradisional
1. Angklung
Angklung merupakan sejenis alat muzik multitonal
(bernada berganda) yang dicipta oleh masyarakat Sunda dari Jawa Barat,
Indonesia. Struktur alat muzik ini diperbuat daripada rangka buluh yang
berbeza-beza saiznya. Setiap batang buluh menghasilkan pic tertentu apabila
dimainkan. Dua atau tiga batang
buluh dipasang pada satu bingkai yang
diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak apabila bingkai digoncangkan.
Ketiga-tiga batang buluh itu dilaraskan dengan perbezaan satu oktaf. Saiz
batang buluh berbeza-beza antara 15 cm hingga 1 meter panjang. Alat muzik ini
dimainkan dengan cara menggelunsurkan ancak tersebut supaya ianya berlaga dan
mengasilkan bunyi getaran. Terdapat pelbagai jenis angklung yang digunakan
mengikut kesesuai persembahan seperti Angklung Reyog, Angklung Banyuwangi,
Angklung Bali, Angklung Gubrag dan macam-macam lagi.
2. Gendang Jawa
Merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga
genderang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau
lembu. Ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan seperti gendang
yang digunakan untuk persilatan, tari menari dan ada juga yang digunakan untuk
menyambut perayaan atau pertabalan Diraja. Struktur gendang biasanya terdiri
daripada dua muka yang berbeza dimana satu muka dipasang dengan belulang lembu
dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat
dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Badanya pula diperbuat
daripada kayu nangka yang dipanggil temiang.
3. Gamelan
Nama Gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud
ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong
dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul.
Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu serta ada juga dari besi
dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel.
Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara
berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.
4. Gong
Merupakan sejenis alat muzik ‘idiophone’ yang
berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara yang berperanan sebagai bunyi
tulang belakang dalam essemble persembahan bunyi gamelan. Ianya terdiri
daripada beberapa saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Pada kebiasaannya, satu atau dua
drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.
5. Jidur
Jidur adalah alat muzik yang berasalal daripada
Jawa, Indonesia berbentuk drum yang diperbuat daripada bingkai kayu dan
mempunyai kedua-dua belah muka yang dipasangkan kulit kambing. Ia digunakan
bersama pemalu untuk menyulam alunan dan gema alat-alat muzik lain seperti
kompang, gamelan, saron dan lain-lain dalam sesebuah persembahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan