Isnin, 30 Oktober 2017




Alunan Muzik Tradisional
Diambil dari: https://www.youtube.com/watch?v=6EXgotWZkxg

Alat Muzik Tradisional

1. Angklung


Angklung merupakan sejenis alat muzik multitonal (bernada berganda) yang dicipta oleh masyarakat Sunda dari Jawa Barat, Indonesia. Struktur alat muzik ini diperbuat daripada rangka buluh yang berbeza-beza saiznya. Setiap batang buluh menghasilkan pic tertentu apabila dimainkan.  Dua atau tiga batang buluh  dipasang pada satu bingkai yang diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak apabila bingkai digoncangkan. Ketiga-tiga batang buluh itu dilaraskan dengan perbezaan satu oktaf. Saiz batang buluh berbeza-beza antara 15 cm hingga 1 meter panjang. Alat muzik ini dimainkan dengan cara menggelunsurkan ancak tersebut supaya ianya berlaga dan mengasilkan bunyi getaran. Terdapat pelbagai jenis angklung yang digunakan mengikut kesesuai persembahan seperti Angklung Reyog, Angklung Banyuwangi, Angklung Bali, Angklung Gubrag dan macam-macam lagi.

2. Gendang Jawa


Merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga genderang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan seperti gendang yang digunakan untuk persilatan, tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja. Struktur gendang biasanya terdiri daripada dua muka yang berbeza dimana satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Badanya pula diperbuat daripada kayu nangka yang dipanggil temiang.
           
3. Gamelan


Nama Gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu serta ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.

4. Gong



Merupakan sejenis alat muzik ‘idiophone’ yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan bunyi gamelan. Ianya terdiri daripada beberapa saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Pada kebiasaannya, satu atau dua drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. 

5. Jidur

Jidur adalah alat muzik yang berasalal daripada Jawa, Indonesia berbentuk drum yang diperbuat daripada bingkai kayu dan mempunyai kedua-dua belah muka yang dipasangkan kulit kambing. Ia digunakan bersama pemalu untuk menyulam alunan dan gema alat-alat muzik lain seperti kompang, gamelan, saron dan lain-lain dalam sesebuah persembahan.